Saturday, April 9, 2011

12 Pelajar Akademi Fantasia (AF9) diumumkan

Pengenalan Akademi Fantasia Musim Ke-9 (AF9)




Saat yang dinanti-nantikan sudah tiba. 12 pelajar Akademi Fantasia musim terakhir sudah pun diumumkan dengan rasminya pada 28 Mac 2011 dalam sidang media yang diadakan di Akademi Fantasia 9, Aeon AU2, Taman Setiawangsa. Seperti biasa 6 pelajar lelaki dan 6 lagi pelajar wanita telah terpilih mengikuti 10 minggu cabaran Akademi Fantasia 9 ini.

Barisan pelajar lelaki terdiri daripada AMIR, ERUL, AZRI, AFIF, RAQIB dan KAY, manakala 6 pelajar wanita pula ialah LENA, AIDA, LAIKA, MIZA, NERA dan EKA. Mereka semua akan menjalani sesi pembelajaran di lokasi baru dan pertama dalam sejarah Akademi Fantasia, di tempat terbuka!

Bagaimana prestasi 12 pelajar Akademi Fantasia musim terakhir ini? Nantikan Konsert Tirai Akademi Fantasia 9, 2 April 2011, 9 malam di Astro Ria (104)

Barisan Tenaga Pengajar AF9



Selain pengacara dan pengetua yang menjadi sebutan, barisan tenaga pengajar pula tidak kurang hebatnya. Akademi Fantasia 9 masih mengekalkan Cikgu Shafi dan Cikgu Fatimah Abu Bakar sebagai tenaga pengajar, manakala Cikgu Aris yang pernah muncul dalam Akademi Fantasia 7 kini kembali menjadi koreografer untuk Akademi Fantasia 9. Bekas pengkritik Akademi Fantasia, Adlin Aman Ramli dan Ning Baizura pula telah terpilih memasuki barisan tenaga pengajar untuk musim ini.

Cikgu Shafi akan memegang jawatan sebagai Guru Vokal Teknikal, Cikgu Aris sebagai Guru Tari, Cikgu Ning Baizura sebagai Guru Vokal Persembahan, Cikgu Fatimah sebagai Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris dan Adlin Aman Ramli sebagai Guru Seni Lakonan.

Bagaimana pula teknik pembelajaran mereka untuk musim terakhir dengan persekitaran yang baru ini? Nantikan Diari Akademi Fantasia 9, Isnin hingga Jumaat, jam 9 malam di Astro Ria (104). Saksikan juga secara eksklusif Diari Langsung melalui laman web rasmi Akademi Fantasia 9 di www.akademifantasia.com.my


Klik di SINI untuk melihat profil dan photo 12 pelajar AF9

Klik di SINI untuk menonton Video Klip Konsert AF9


Courtesy of ASTRO

No comments:

Post a Comment